Search This Blog

Our Mission
To assist everyone in achieving financial freedom besides to develop a new generation of high-class leaders who can effectively manage their organizations successfully.

Sunday, October 17, 2010

GROOMING SESSION

Tempat : UMT
Tarikh : 16/10/2010.
Masa : 10.00AM-5.30PM
Penceramah : Prof Dr.Nik Maheran Nik Muhammad

Peserta bergambar dengan penceramah

Salam sejahtera... Sedikit update tentang salah seorang speaker kami. Semalam kami ke Terengganu untuk workshop penampilan diri. Para peserta terdiri daripada pelajar tahun akhir kursus perakaunan, Universiti Malaysia Terengganu. Terdapat 90 orang peserta yang terlibat.

Input ceramah mengfokuskan bagaimana untuk menghadapi dunia pekerjaan. Di mana ditekankan tentang penampilan diri apabila berhadapan dengan situasi yang berkaitan. Contohnya, menghadapi temuduga. Ditekankan cara berpakaian yang betul, make up yang bersesuain, etika-etika yang perlu dipatuhi dan sebagainya. Diselitkan juga dengan video untuk menceriakan suasana kursus tersebut. Para peserta juga didedahkan dengan cara-cara untuk meningkatkan keyakinan diri. Hal ini kerana, tidak ramai yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Selain itu para graduan juga diajar cara-cara menggunakan make up yang betul. 3 peserta berpeluang dimake up oleh penceramah. Semoga apa yang disampaikan menjadi bekalan untuk para graduan menempuhi dunia pekerjaan. Peserta sangat teruja dengan apa yang disampaikan. Seronok tengok mereka "enjoy" dengan kursus yang dianjurkan.




Aktiviti sepanjang program

No comments:

Post a Comment